Recent Articles
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

MODEL BARU LOTUS EXIGE V6 CUP R (11 GAMBAR)

Thursday, 17 January 2013 - 0 Comments


Lotus ialah syarikat yang di bawah payung Proton. Mereka menjadi terkenal sekitar 1970-an kerana inovasi pada kenderaan lumba mereka di bawah pemilik dan pereka kereta terkenal Colin Chapman. Pernah suatu ketika Lotus memperkenalkan kenderaan F1 yang menggunakan chasis monocoque serta meletakkan radiator pada tepi kenderaan bagi mendapatkan kesan aerodinamik yang lebih baik. 


Tetapi sejak kematian Chapman, syarikat ini mula kehilangan seri sehingga dibeli oleh Proton. Bagi mengembalikan nama Lotus sebagai syarikat yang power mereka menghasilkan Lotus Exige V6 Cup R. Ianya Exige yang boleh digunakan di litar lumba ataupun jalanraya biasa. Ia diperkasakan enjin 3.5 V6 366 kuasa kuda yang memberikan pecutan dari 0-60 baju sejam dalam masa 3.8 saat.















Rekaan Baju Seperti Tak Pakai Baju (10 Gambar)


Rekaan Baju Seperti Tak Pakai Baju (10 Gambar)
look like naked dressing 01 Funny: Naked clothing
look like naked dressing 02 Funny: Naked clothing
look like naked dressing 03 Funny: Naked clothing
look like naked dressing 04 Funny: Naked clothing
look like naked dressing 05 Funny: Naked clothing
look like naked dressing 06 Funny: Naked clothing




Saturday, 17 November 2012

Anonymous Memberi Amaran Terhadap Operasi Israel

Saturday, 17 November 2012 - 0 Comments

 
Anonymous adalah sebuah organisasi penggodam yang menghimpunkan para penggodam dari seluruh dunia bertujuan untuk menuntut kebebasan keatas sesuatu perkara. Organisasi ini juga telah menyerang beberapa laman kerajaan Malaysia disebabkan oleh tindakan SKMM menyekat 10 laman sesawang perkongsian file dengan alasan untuk mengelakkan cetak rompak filem di Malaysia. Anonymous telah  memberi amaran melalui saluran Youtube terhadap Israel kerana telah menyerang penduduk di Gaza dengan menggunakan beberapa peluru berpandu dengan alasan Hamas merancang untuk menyerang banda haram yang didiami orang penduduk yahudi. Anonymous telah mengambil tindakan kerana kerajaan Israel telah menyekat beberapa telekomunikasi seperti Internet bertujuan untuk mengelakkan daripada dunia luar mengetahui perkara sebenar. Ini seperti merampas hak mereka untuk bersuara terhadap dunia luar.
 
Anda boleh menonton video tersebut di bawah :
 
 
Mesej daripada video tersebut:
 
Greetings World –
 
For far too long, Anonymous has stood by with the rest of the world and watched in despair the barbaric, brutal and despicable treatment of the Palestinian people in the so called “Occupied Territories” by the Israel Defense Force. Like so many around the globe, we have felt helpless in the face of such implacable evil. And today’s insane attack and threatened invasion of Gaza was more of the same.
 
But when the government of Israel publicly threatened to sever all Internet and other telecommunications into and out of Gaza they crossed a line in the sand. As the former dictator of Egypt Mubarack learned the hard way – we are ANONYMOUS and NO ONE shuts down the Internet on our watch. To the IDF and government of Israel we issue you this warning only once. Do NOT shut down the Internet into the “Occupied Territories”, and cease and desist from your terror upon the innocent people of Palestine or you will know the full and unbridled wrath of Anonymous. And like all the other evil governments that have faced our rage, you will NOT survive it unscathed.To the people of Gaza and the “Occupied Territories”, know that Anonymous stands with you in this fight. We will do everything in our power to hinder the evil forces of the IDF arrayed against you. We will use all our resources to make certain you stay connected to the Internet and remain able to transmit your experiences to the world. As a start, we have put together the Anonymous Gaza Care Package – http://bit.ly/XH87C5- which contains instructions in Arabic and English that can aid you in the event the Israel government makes good on it’s threat to attempt to sever your Internet connection. It also contains useful information on evading IDF surveillance, and some basic first aid and other useful information. We will continue to expand and improve this document in the coming days, and we will transmit it to you by every means at our disposal. We encourage you to download this package, and to share it with your fellow Palestinians to the best of your ability.We will be with you. No matter how dark it may seem, no matter how alone and abandoned you may feel – know that tens of thousands of us in Anonymous are with you and working tirelessly around the clock to bring you every aid and assistance that we can.
 
We Are Anonymous
 We Are Everywhere
 We Are Legion
 We Do Not Forgive
 We Do Not Forget
 To the oppressors of the innocent Palestinian people, it is too late to EXPECT US
 
 
 


Tuesday, 31 July 2012

Wang Kertas Baru Mudah Lusuh?

Tuesday, 31 July 2012 - 0 Comments




Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.

Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.

Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggihtermasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan.

(Video) Wujud Agenda Freemason Olimpik London 2012?




Seperti yang kita sedia maklum Sukan Olimpik tahun 2012 berlangsung di London dan telah dirasmikan pada hari Sabtu 28 Julai 2012 yang lepas. Namun pembukaan Sukan Olimpik baru-baru ini telah menimbulkan banyak persoalan, termasuk kemungkinan acara ini ada kaitan dengan agenda freemason. 

Apa yang lebih menakutkan ialah, dalam video ini ada dibincangkan tentang salah satu rancangan/misi kumpulan Freemason ini iaitu “Population Reduction” kerena mereka percaya, bagi menubuhkan kerajaan Freemason, pengorbanan darah akan dilakukan. Adakah ini bermaksud pembunuhan besar-besaran akan dilakukan (kerana ramai yang berada di London)?
Video ini juga mendedahkan rancangan serangan terhadap Big Ben Tower, London. Beberapa ramalan-ramalan yang telah dirancang bertahun-tahun lepas ada memaparkan gambar menara tersebut. Maka kita sebagai umat Islam harus bersedia dengan fitnah-fitnah besar yang bakal mendatang.


Logo Olympic 2012 juga dipersoalkan kerana membentuk perkataan ‘ZION’, juga merupakan sebahagian rancangan kumpulan ini sebelum ini.
Video bertempoh lebih 1 jam ini membongkarkan kewujudan agenda iluminati atau freemason semasa pembukaan olimpik london 2012 dan kaitan dengan peristiwa serangan WTC 11 September 2001. Semua rancangan yang telah diplot juga ada dibincangkan.


Freemason adalah jalan kemunculan Dajjal. Selamat menonton dan sebarkan kepada rakan dan saudara sesama Islam.

SUMBER

Asrama yang Sangat Cool, Seperti Kondo Mewah! (25 Foto)

Ini adalah Dewan Tietgen Pelajar (Tietgenkollegiet), asrama universiti yang terletak di Orestad, sebuah daerah baru di Copenhagen, Denmark.

The Coolest University Dorm (25 pics)

The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)


sumber

Monday, 30 July 2012

‘Sabar Duhai Hati’, Status Terakhir BB Isteri Ditemui Mati

Monday, 30 July 2012 - 0 Comments




PETALING JAYA – “Sabar duhai hati”, adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.
Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.
Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.
“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.
Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.
Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.
Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.
Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.
“Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya.

Sumber

Piranha Serang Selatan China



Kini berlaku lagi satu kes yang membabitkan seorang lelaki. Kes ini bermula di sebuah bandar di selatan China apabila mereka memberi amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan ancaman piranha selepas ikan itu menyerang dua orang yang masuk ke dalam sungai.
Malah, pihak berkuasa bandar itu menawarkan hadiah wang tunai 1,000 yuan (RM500) setiap seekor ikan bagi sesiapa yang dapat menyerahkannya, hidup atau mati, lapor media di sini, semalam. Seorang penduduk, Zhang Kaibo, berkata tangannya terpaksa dijahit selepas tiga ikan itu menyerangnya ketika dia membasuh anjing peliharaannya di tepi sungai. Dia berjaya menangkap seekor ikan itu tetapi ia mati tidak lama kemudian.
“Ibu saya sudah memotongnya dan kami merancang untuk makan tetapi beberapa pegawai tempatan datang dan mengambilnya untuk tujuan kajian,” kata Zhang.
Penduduk diminta buru Piranha
Pihak berkuasa perbandaran Guangxi di Liuzhou meminta penduduk memburu dan menangkap ikan itu yang berasal dari Amerika Selatan. Ikan itu menggigit dua penduduk awal minggu ini ketika mangsa berada di Sungai Liujiang, lapor China Daily.
“Pihak berkuasa melarang penduduk menggunakan pukat untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang lalu di bandar itu tetapi tidak di tempat lain kerana ada langkah keselamatan diambil.
“Selain itu, lima bot membawa nelayan berpengalaman sudah ditempatkan di sungai itu sejak Isnin lalu,” kata pegawai Liuzhou, Wei Yongwen.
“Selain itu, lebih 40 nelayan lain daripada sebuah persatuan memancing tempatan turut menyertai usaha ini. Mereka menggunakan cebisan kecil khinzir untuk mengumpan ikan itu,” katanya lagi.
Ada juga penduduk berkumpul di tepi tebing sungai membawa joran sendiri untuk membantu, katanya.
“Agak menakutkan ikan seperti itu berada di sungai ini. Saya tidak dapat berenang lagi di situ. Saya harap mereka dapat tangkap semua piranha dalam masa terdekat,” kata seorang penduduk, Liu Junjie.
Kebimbangan tidak berpanjangan
Bagaimanapun, kebimbangan pihak berkuasa dan penduduk tidak dijangka berpanjangan kerana ikan itu mati apabila suhu air turun di bawah 15 darjah Celcius di Guangxi terutama apabila tiba musim sejuk, kata China Daily.
Media China melaporkan, ikan itu mungkin dilepaskan oleh penduduk yang membelinya sebagai haiwan perhiasan dan pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan bagi menyekat jualannya.

Sumber

20 Artis K-Pop Lelaki Dari Biasa Kepada Jambu

20 Artis K-Pop Lelaki Dari Biasa Kepada Jambu:


Memang tidak dapat dinafikan, wajah bintang K-Pop (Korean Pop) lelaki dan wanita sering saja menjadi pilihan untuk menghiasi iklan jenama terkenal.


Difahamkan, bintang K-Pop yang menerima paling banyak tawaran adalah Choi Siwon dari Super Junior dan Yoona dari Girl Genaration atau SNSD.

Namun, adakah anda tahu kebanyakan dari artis K-Pop ini sudah berani membuat pendedahan secara terbuka bahawa mereka memang ada membuat pembedahan plastik untuk membuatkan mereka kelihatan lebih tampan dan jelita.

Tidak hairan juga, ada segelintir bintang pujaan ramai ini bukan saja membuat pembedahan plastik di bahagian wajah tetapi turut merubah keadaan fizikal lain seperti kaki, badan dan rambut.

Pun begitu, ada juga di kalangan mereka mempunyai wajah kacak dan kejelitaan semulajadi sebelum bergelar bintang popular. Istimewa untuk anda, murai.com.my tampilkan 20 wajah bintang K-Pop lelaki sewaktu bersekolah dan selepas menjadi pujaaan ramai.

1. 2PM's Nichkhun


2. JYJ's Park Yoo Chun


3. Big Bang's Taeyang


4. MBLAQ's Lee Joon


5. 2PM's Taecyeon


6. CNBlue's Jung Yong Hwa


7. JYJ's Kim Jae Joong


8. SHINee's Taemin


9. Kim Hyun Joong


10. BEAST's Yoseob


11. BEAST's Yoon Doo Joon


12. SHINee's Key


13. Big Bang's G-Dragon


14. Big Bang's Daesung


15. 2AM's Jo Kwon


16. JYJ's Kim Junsu


17. Big Bang's TOP


18. Super Junior's Leeteuk


19. 2PM's Wooyoung


20. Rain (aka Jung Ji Hoon)


SUMBER: XLUPA.COMMBER: XLUPA.COM

ShareThis

DailyBerita.blogpot.com. Powered by Blogger.

Subscribe

Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio. Duis mollis

Designed by SpicyTricks