Recent Articles
Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

Pengguna Facebook Perlu Bayar RM3 Hantar Mesej

Thursday, 17 January 2013 - 0 Comments



NEW YORK – Rangkaian laman sosial Facebook kini menguji satu sistem yang mengenakan bayaran kepada pengguna untuk menghantar mesej kepada mereka yang bukan dalam kelompok rakan pengguna.


Laman sosial itu semalam mengesahkan percubaan perkhidmatan baru itu sudah bermula, tetapi hanya sebilangan kecil pengguna Facebook mempunyai akses yang dikenakan bayaran itu untuk menghantar mesej secara langsung.


Pada masa ini, setiap pengguna boleh menghantar mesej kepada pengguna lain secara percuma. Bagaimanapun, jika ia tidak dihantar kepada rakan atau kawan kepada rakan itu, mesej berkenaan akan pergi kepada fail lain penerima. Ia dijelaskan Facebook sebagai ‘tempat mesej yang kurang penting’, yang diperkenalkan pada 2010.


Bagaimanapun, perkhidmatan baru ini menawarkan akses terus ke dalam kotak penerima, dengan syarat penghantar bersedia membayar yuran dikenakan.


Facebook pada asalnya mengetengahkan idea mengenakan bayaran untuk penghantaran mesej sebelum Krismas, apabila ia mencadangkan perkhidmatan itu dikenakan bayaran AS$1 (RM3) untuk setiap penghantaran mesej. – Daily Mail



SUMBER: xlupa

16 MATERIAL/BENDA TERMAHAL DI DUNIA


16 MATERIAL/BENDA TERMAHAL DI DUNIA


















SUMBER

Friday, 14 December 2012

Semakan Online PLKN Sesi 2013

Friday, 14 December 2012 - 0 Comments

Semakan Online PLKN Sesi 2013

Semakan Online PLKN Sesi 2013 | Cara semakan calon PLKN 2013, Semakan Online Senarai Nama Calon/Peserta PLKN 2013 kini dibuka. Bagi yang mahu membuat semakan online Senarai Nama Calon/Peserta PLKN 2013, anda dinasihatkan berbuat awal bagi mengelakkan masalah server down akibat ramai yang menggunakan aplikasi tersebut.

Kaedah semakan online Senarai Nama Calon/Peserta PLKN sesi 2013 boleh dilakukan dengan dengan cara:

Semakan Pemilihan Pelatih Siri 10/2013:

LANGKAH – KLIK KE LAMAN RASMI SISTEM SEMAKAN ONLINE PLKN
atau
Semakan boleh dibuat melalui salah satu server di bawah:
CHECK CAN BE MADE THROUGH EITHER ONE OF THE THREE SERVERS BELOW:
_______
Anda juga boleh menyemak status pemilihan dengan menggunakan SMS
Taip: PLKN semak hantar ke 15888

atau telefon 03-40274747

*****************************

>SEMAKAN PENEMPATAN PELATIH PLKN SIRI 10/2013 - KUMPULAN 1<

Pelatih juga boleh membuat semakan status penempatan dengan menggunakan SMS.

Taip: PLKN Kem <No KP Anda> hantar ke 15888

atau telefon 03-40274747
Selamat Berjaya!!! 
 SUMBER

Monday, 26 November 2012

Ini Dia Planet Baru yang Boleh di Huni Manusia

Monday, 26 November 2012 - 0 Comments

Astronomi menemui Planet Baru yang Berpotensi Dihuni, Satu pasukan ahli astronomi Inggeris-Jerman telah menemui satu planet baru yang berpontensi dihuni manusia. Planet tersebut mengorbit dekat Matahari dan dianggarkan mempunyai iklim serupa Bumi sehingga dapat menyokong kehidupan.
 
Pasukan tersebut menemui tiga planet baru yang mengorbit bintang yang terletak 44 tahun cahaya. Tapi hanya satu dari planet itu berada di kawasan yang disebut Zon Goldilocks, rangkaian di sekitar Matahari, tempat suhu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk bagi kehadiran air cair.
 
“Bintang HD 40307 adalah bintang kecil tua yang sangat tenang, sehingga tak ada alasan mengapa planet seperti itu tidak boleh mengandungi iklim seperti di Bumi,” kata Guillem Angla-Escude dari University of Goettingen, Jerman. Ia memimpin kajian tersebut bersama Mikko Tuomi di University of Hertfordshire di England.
 
Planet itu mempunyai masa sekurang-kurangnya tujuh kali masa Bumi, tapi mengorbit dalam jarak yang sama dari Mataharinya, yang bermaksud planet tersebut menerima jumlah tenaga Matahari seperti yang diperoleh Bumi.
 
Lebih daripada 800 planet telah ditemui di luar sistem Galaksi Bima Sakti sejak pertama kali dikesan pada awal 1990-an. Namun hanya segelintir planet telah berada di wilayah yang boleh dihuni.
Bahkan yang lebih jarang adalah beberapa planet di zon yang berputar, seperti yang satu ini, untuk menciptakan waktu siang dan waktu malam sehingga meningkatkan kemungkinan terbentuknya lingkungan seperti di Bumi. Planet yang tidak berputar dikatakan sebagai terikat dengan pasang-surut, dan satu setengahnya berada dalam kegelapan.
 
“Ini adalah planet yang paling dekat dengan Bumi dalam perkara zon yang boleh dihuni yang tidak terikat dengan pasang-surut,” kata ahli astronomi dari University of Hertfordshire Hugh Jones kepada Reuters.
 
 
 
SUMBER

Sunday, 25 November 2012

Awas!! Ada Darah Babi di Penapis Rokok!

Sunday, 25 November 2012 - 0 Comments

 
Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Bahan yang ada di dalam rokok boleh mengganggu kesihatan anda. Apabila dihisap, bahan-bahan toksik dan karsinogen mengalir masuk ke dalam tubuh dan menjejaskan tekanan darah, denyutan jantung, sehingga kesihatan organ lain.

Namun, tahukah anda bahawa di dalam rokok mengandungi darah babi? Penyelidikan yang ditemui oleh seorang saintis Belanda tersebut cukup menggelisahkan. Dinyatakan sekiranya 185 jenama rokok menggunakan darah babi sebagai campuran pada bahagian filter rokok.


Hemoglobin atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok. Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Simon Chapman.

Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan rokok dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut.

Prof Chapman mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan. Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama rokok yang dijual di Greece telah dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya, tanpa diketahui para pengguna. Malangnya, tidak disebutkan jenama rokok tersebut.

Rokok yang mengandungi darah babi ini ditemui pada rokok yang menggunakan penapis saja. Darah babi digunakan untuk membuat filter lebih berkesan menangkap kimia berbahaya sebelum asap masuk ke kerongkong. Jadi kesimpulannya adalah penemuan tersebut jelas tidak berlaku untuk rokok yang tidak menggunakan penapis.



SUMBER

Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

 

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang
‘manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
 anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
 tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
 lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib
 baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
 
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
 mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
 dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
 kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
 Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
 mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
 
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
 kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
 dosa suami dia tak tanggung.
 
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
 dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
 suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
 terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
 suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
 lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
 kesusahan isteri boleh bantu tambah
 lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
 selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
 ini.
 
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
 didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
 yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
 dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
 wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
 denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
 naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA
 
 


Saturday, 17 November 2012

Edisi Wajib Baca: Rahsia Kebijaksanaan Yahudi

Saturday, 17 November 2012 - 0 Comments

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
 
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?
 
Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
 
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
 
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
 
Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.
 
Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
 
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).
 
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
 
Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.
 
Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?
 
Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.  

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
 
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
 
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
 
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
 
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
 
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato!’Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
 
by: Dr stephen Carr leon
 
 
 



Superman, Samiri, Sion, Simbol Kekuatan Besar Bangsa Yahudi

Anda pasti sudah biasa melihat simbol ‘S’ gambar diatas. Simbol dari watak fiksyen bernama Superman ini begitu popular di seluruh dunia. Dari filem Superhero tersebut, tahukah anda jika disebalik simbol dan filem tersebut tersimpan idea cemerlang tentang kejayaan kaum Yahudi sebagai “Manusia Pilihan Tuhan” dan manusia lain tidak sempurna?Jerry Siegel dan Joe Shuster, dua orang keturunan Yahudi di sebalik pembuat tokoh Superman, dengan bijak membingkai idea ini secara halus dalam gaya penyajian yang enak dinikmati oleh siapa saja.
 
Simbol huruf “S” pada gambar di atas banyak mempunyai erti. Tetapi yang lebih dekat maknanya adalah SION dan Samiri. Untuk Sion, semua orang tahu kalau ini adalah bukit yang ingin dikuasai semata oleh Yahudi dalam gerakan Zionis. Dan gerakan ini berasal dari nama Sion.Samiri, adalah tokoh sempalan dari Bani Israel yang menentang misi Nabi Musa. Samiri inilah yang menjadi awal idea pemberontak tauhid dan menyimpan ilmu sihir besar yang sehingga kini masih dijaga oleh sebahagian Yahudi sebagai ilmu rahsia bernama Kabbalah. Dan nama Samiri ini pula diduga sebagai nama panggilan lain untuk tanah Amerika Syarikat yang dikuasai secara ekonomis dan politik oleh Yahudi. Dan nama lain dari Amerika Syarikat adalah Uncle Sam yang mana kata Sam adalah singkatan dari Samiri.
 
Adakah analisa sederhana tentang ideologi zionis dalam Superman ini bualan? Mungkin bagi anda yang sudah begitu senang dengan dunia fiksyen ini adalah bualan belaka. Tetapi jika anda secara cermat memperhatikan nama dari asli dari Superman iaitu KAL-El, maka anda akan terkejut bahawa nama tersebut sangat ber-Yahudi sekali.Menurut bahasa Ibrani, bahasa yang digunakan oleh Yahudi, kata EL bermaksud Tuhan (God). Dan nama EL selalu berkaitan dengan Tuhan, oleh kerana itu ada beberapa nama menggunakan akhiran EL iaitu Israel, Samuel dan Michael.Setelah penulis memeriksa erti KAL dalam kamus online di Babilon tidak terdapat makna khusus dari kata ini.Hanya saja setelah diperiksa dari beberapa kaitan nama ini, KAL ertinya ke dalam bahasa Inggeris adalah nama sayuran iaitu kubis dengan ciri khasnya iaitu daunnya yang kerinting melengkung. Ini tepat sekali dengan ciri khas dari Superman ketika berubah dari Clark Kent ke Superman dengan perubahan pada kacamata dan bentuk rambut.
 
Superman tidak menggunakan kacamata dan bentuk rambut khas: rambut melengkung berbentuk huruf S. Perhatikan perbedaanya di gambar berikut ini:Menurut ideologi zionis yang berpunca pada Talmud (baca juga artikle penulis tentang Talmud ini di seri Yahudi: Bermula di Mesir Berakhir Di Palestin), bangsa Yahudi adalah manusia pilihan Tuhan yang sepatutnya hanya merekalah yang menguasai dunia ini. Sebagai manusia pilihan, mereka memiliki hal-hal khusus yang tidak dimiliki oleh bangsa lain.Ideologi ini dibungkus secara baik dalam komik Superman. Yahudi memang perkasa dalam sosok Superman dan ideologi Zion terus terusung dalam huruf S yang ketara.Sampai di sini mungkin anda masih tidak percaya apa yang penulis sampaikan. Tetapi fakta telah bercakap secara lancar dalam filem dan komik tersebut serta sejarah yang sedang kita jalani ini.Komik Superman tetaplah dibungkus untuk penggunaan komersial maka dibuatlah cerita berseri yang cukup panjang, tetapi disebalik itu tersimpan agenda besar dari Yahudi: Merekalah yang diperlukan ole manusia bukan Yahudi untuk menyelamatkan dunia ini dan bukan bangsa lain.
 
 

SUMBER

Sunday, 19 August 2012

Dijangka FACEBOOK mati 8 tahun lagi

Sunday, 19 August 2012 - 0 Comments


Dijangka FACEBOOK mati 8 tahun lagi. Dailymail melaporkan, Seorang analis investasi senior Ironfire Capital Eric Jackson memprediksi Facebook akan gulung tikar di lantai saham dan hilang delapan tahun kedepan. 'Facebook akan bersusah payah berjuang menghadapi era mobile web yang modern dan akhirnya akan punah', begitu prediksinya.

Kepada CNBC dalam program Squawk on the Street, dia mengatakan bahwa Facebook seharusnya terus berjuang dengan inovasi dan versi mobile yang lebih baik jika tidak ingin ditinggalkan.

"Dalam lima sampai delapan tahun terlihat tanda-tanda kejatuhan facebook seperti yang dialami oleh Yahoo. Yahoo tetap menghasilkan keuntungan, tetap memperkerjakan 13.000 karyawan tetapi secara real hanya 2.000 karyawan yang benar-benar bekerja. Bisa dikatakan ini merupakan sebuah keterpurukan," katanya lagi.



Jackson menjangka Facebook akan mengalami kesulitan mengikuti generasi-generasi teknologi terbaru dan berusaha beralih ke "mobile".

"Betapapun anda sukses pada satu generasi, sulit untuk sukses di generasi berikutnya meski anda punya dana besar, meski anda punya banyak karyawan PhD," kata Jackson.

Contohnya adalah Google, lanjut Jackson. Dia mengemukakan Google susah payah beralih ke media sosial dan Facebook

"Dunia semakin cepat, semakin kompetitif, dan saya perkirakan mereka yang merajai di era terdahulu akan kesulitan menyongsong masa berikutnya."

Menurutnya lagi, Kejatuhan harga saham Facebook menjadi pertanda awal keterpurukan jejaring sosial ini.


SUMBER

Saturday, 18 August 2012

10 BENDA TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN DUIT

Saturday, 18 August 2012 - 0 Comments

10 BENDA TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN DUIT:
Zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya. Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.


3. Kebahagiaan Anak Untuk membeli makanan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.


4. Cinta. Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

 5. Persahabatan Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.


Tuesday, 31 July 2012

Asrama yang Sangat Cool, Seperti Kondo Mewah! (25 Foto)

Tuesday, 31 July 2012 - 0 Comments

Ini adalah Dewan Tietgen Pelajar (Tietgenkollegiet), asrama universiti yang terletak di Orestad, sebuah daerah baru di Copenhagen, Denmark.

The Coolest University Dorm (25 pics)

The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)
The Coolest University Dorm (25 pics)


sumber

ShareThis

DailyBerita.blogpot.com. Powered by Blogger.

Subscribe

Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio. Duis mollis

Designed by SpicyTricks