Recent Articles
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

PETANI CHINA MENGHASILKAN BUAH BERBANTUK MANUSIA

Thursday, 17 January 2013 - 0 Comments


TAOTAUAJER - Peladang di China menghasilkan buah Pear berbentuk Manusia | Bentuk buah yang di hasilkan adalah berbentuk patung buddha iaitu  dalam bentuk satu guru rohani yang paling penting di dunia .

Ini pelik Buddha berbentuk pear dicipta oleh seorang petani di China yang merancang untuk mengeksport idea novel beliau ke UK.

Hao Xianzhang telah mencipta 10,000 keajaiban mini di dusun musim ini dan berkata beliau merancang untuk memasarkan buah-buahan tersebut ke Eropah.








Unik dan kreatif bukan macam petani kat jepun punya idea dimana buat tembikai berbentuk love. Deorang menggunakan acuan untuk memberikan bentuk pada buah yang sedang membesar. Bijak pengusaha ladang ini mengambil kesempatan untuk berniaga.


SUMBER

Pengguna Facebook Perlu Bayar RM3 Hantar Mesej



NEW YORK – Rangkaian laman sosial Facebook kini menguji satu sistem yang mengenakan bayaran kepada pengguna untuk menghantar mesej kepada mereka yang bukan dalam kelompok rakan pengguna.


Laman sosial itu semalam mengesahkan percubaan perkhidmatan baru itu sudah bermula, tetapi hanya sebilangan kecil pengguna Facebook mempunyai akses yang dikenakan bayaran itu untuk menghantar mesej secara langsung.


Pada masa ini, setiap pengguna boleh menghantar mesej kepada pengguna lain secara percuma. Bagaimanapun, jika ia tidak dihantar kepada rakan atau kawan kepada rakan itu, mesej berkenaan akan pergi kepada fail lain penerima. Ia dijelaskan Facebook sebagai ‘tempat mesej yang kurang penting’, yang diperkenalkan pada 2010.


Bagaimanapun, perkhidmatan baru ini menawarkan akses terus ke dalam kotak penerima, dengan syarat penghantar bersedia membayar yuran dikenakan.


Facebook pada asalnya mengetengahkan idea mengenakan bayaran untuk penghantaran mesej sebelum Krismas, apabila ia mencadangkan perkhidmatan itu dikenakan bayaran AS$1 (RM3) untuk setiap penghantaran mesej. – Daily Mail



SUMBER: xlupa

Koleksi Tips Tangani Kecewa Dalam Cinta

Beberapa tips buat anda yang sedang kecewa untuk bangkit semula.


1. Jangan berdendam-Jangan berdendam pada si dia. Lepaskan dia pergi dengan seikhlasanya supaya hati kamu tenang dan tak sakit.

2. Bertenang-Doa banyak-banyak dan mengadulah kepada Allah agar diberi petunjuk dan ketenangan menghadapi ujian dariNya ini.

3. Buang Kenangan-Buanglah barang-barang pemberiannya kerana jika kerap dipandang akan lebih menyakitkan hati dan lebih buat dirimu merana.

4. Mulakan Hidup Baru-Buka lembaran baru. Buka buku baru dan cipta sejarah baru. Tinggalkan kenangan lama dan menyakitkan dan percaya bahawa Allah akan memberi jodoh yang baik sesuai dengan dirimu.

5. Dia Bukan Yang Terbaik-Dia sangat baik dan kamu sayaangkan dia. Tapi dia bukan terbaik untuk kamu. Jika dia terbaik pasti dia tak akan tinggalkan kamu. Pasti dia tidak curang dan pasti dia tidak mencipta 1001 alasan untuk menjauh darimu.

6. Perbaiki Kelemahan-Kadangkala perpisahan adalah satu ujian yang Allah beri untuk kita kaji semula kelemahan yang ada pada diri kita. Mungkin dulu kita banyak sangat kelemahan dan itulah penyebab dia menjauh. Belum terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik…siap tahu si dia kembali kepada kita lagi?

7. Doakan Dia-Doakan kebahagiaan dia. Jangan dengki atau mencipta angkara untuk merosakkan cinta baru dia dengan insan baru. Perkara yang lepas jangan dikenang

8. Mendongak Ke Langit-Gongaklah ke langit dan lihat lah dunia ini sangat luas. Jangan dengan sedikit luka dan duka sudah membuat kita mengurung diri dan tenggelam dalam kecewa. Allah beri kita harapan dan peluang untuk terus merasa bahagia di hari mendatang.


SUMBER




12 GAMBAR PEMANDANGAN DARI BAWAH SUNGAI YANG JERNIH


Verzasca River,terletak di negara Switzerland, merupakan sungai yang jernih dimana dasarnya boleh dilihat dengan jelas dari permukaan, walaupun jarak ke dalamannya adalah 10 meter bersamaan dengan 33 kaki, bukan itu sahaja, jika anda berada di dasar sungai tersebut, anda juga boleh melihat suasana di permukaan..













SUMBER

Petua menghilangkan jerawat!


GAMBAR HIASAN!

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.



Punca jerawat

# Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca  utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.

# Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.

# Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.


# Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


# Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.


# Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.



Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

# Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.

# Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.


# Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.


# Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.


# Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. 


# Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.

# Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.


# Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.


# Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.


# Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".


# Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.


# Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.


# Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.



Rawatan Untuk Jerawat.

Liang yang tersumbat harus dibuka.

Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.



Mengurangkan jangkitan bakteria.

Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".

Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.



SUMBER 

Kenapa Anda Perlu Letak Linkwithin Dalam Blog?

Mesti korang dah biasa dengan widget Linkwithin kan? Boleh dikatakan kebanyakkan blog follower yang aku tengok banyak guna widget ni. Bagi blogger yang baru, widget Linkwithin ni boleh membantu blog korang untuk menambahkan bilangan pageviews blog. Selain tu, ada widget lain yang sama fungsi dengan Linkwithin macam Nrelate dan Outbrain.

  Trafik yang aku dapat melalui widget Linkwithin

Kelebihan Penggunaan Linkwithin
  • Pageviews dan UV blog korang akan meningkat sebab pembaca mudah tertarik untuk baca entri lain.
  • Susunan yang bergambar dan menarik jika dibandingkan dengan widget Related Post yang berasaskan teks yang agak boring.

Keburukan Penggunaan Linkwithin

  • Kadang-kadang related post dalam widget Linkwithin takde kena meNgena langsung dengan entri yang kita post.
  • Kalau blog kurang gambar, widget ni akan sedut gambar yang ada kat sidebar blog.
  • Saiz widget Linkwithin tak boleh nak resize.


P/S : Blogger yang tak letak lagi widget Linkwithin, boleh la teruskan masukkan untuk tambah PV :)




SUMBER  

    16 MATERIAL/BENDA TERMAHAL DI DUNIA


    16 MATERIAL/BENDA TERMAHAL DI DUNIA


















    SUMBER

    MODEL BARU LOTUS EXIGE V6 CUP R (11 GAMBAR)


    Lotus ialah syarikat yang di bawah payung Proton. Mereka menjadi terkenal sekitar 1970-an kerana inovasi pada kenderaan lumba mereka di bawah pemilik dan pereka kereta terkenal Colin Chapman. Pernah suatu ketika Lotus memperkenalkan kenderaan F1 yang menggunakan chasis monocoque serta meletakkan radiator pada tepi kenderaan bagi mendapatkan kesan aerodinamik yang lebih baik. 


    Tetapi sejak kematian Chapman, syarikat ini mula kehilangan seri sehingga dibeli oleh Proton. Bagi mengembalikan nama Lotus sebagai syarikat yang power mereka menghasilkan Lotus Exige V6 Cup R. Ianya Exige yang boleh digunakan di litar lumba ataupun jalanraya biasa. Ia diperkasakan enjin 3.5 V6 366 kuasa kuda yang memberikan pecutan dari 0-60 baju sejam dalam masa 3.8 saat.















    9 Ciri-Ciri Wanita Hantaran RM20,000

     Sekadar gambar hiasan

    9 Ciri-Ciri Wanita Hantaran RM20,000 ialah seperti kat bawah ni.

    1. Solat 5 waktu tak pernah tinggal.
    2. Menutup aurat.
    3. Perangai baik.
    4. Pandai mengaji dan hafal al-quran.
    5.Tahu hukum hakam agama.
    6. Hormat mak ayah.
    7. Tak pernah kapel.
    8. Pandai memasak.
    9. Tahu batas pergaulan.

    Benda ni aku ada terbaca kat facebook..cuma yang aku rasa susah nak jumpa ialah nak cari perempuan yang tak pernah couple..kalau ada pun rasanya satu dalam sejuta :). Tapi beruntung la lelaki kalau dapat perempuan yang ada ciri-ciri kat atas tu. Lelaki pulak macam mana ye?




    SUMBER

    Google Chrome 24 Update Untuk Windows, Linux dan OS X

    Selepas Mozilla memperkenalkan kemaskini kepada pelayar web mereka awal minggu ini, hari ini, Google turut sama mengemaskini pelayar web popular mereka, Chrome kepada angka versi 24, membawakan beberapa penambahan baru padanya.

    Seperti biasa, Chrome 24 ini membawakan peningkatan pada kelajuan pelayar web dan kestabilan penggunaannya. Disamping itu, ia turut menambah sokongan MathML untuk digunakan pengguna umum, serta menyertakan Adobe Flash Player yan dikemaskini (ke 11.5.31.137).

    Bagi para pengguna Windows, Mac OS X dan juga Linux yang menggunakan pelayar web Chrome, anda akan dikemaskini secara automatik kepada versi terbaru ini, dan bagi yang ingin mencubanya, mungkin boleh memuat-turun ia daripada halaman rasmi Google Chrome secara percuma.
    SUMBER RUJUKAN: CHROME RELEASES


    POTONGAN WAJAH MANUSIA KREATIF

    ShareThis

    DailyBerita.blogpot.com. Powered by Blogger.

    Subscribe

    Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio. Duis mollis

    Designed by SpicyTricks