Saturday, 19 January 2013
Teknik Mudah Mengaktifkan Kedua Belah Otak Kiri Dan Kanan
Saturday, 19 January 2013 by Semut Merah
Perasan tak korang? Perasan tak korang yang orang cina selalu
hantar anak-anak diorang yang umur lebih kurang 4, 5 tahun pergi kelas
piano? Kalau tak kelas piano kelas ballads? Perasan tak? Agak-agak
korang kan, kenapa diorang hantar anak diorang yang masih kecik ke
kelas-kelas piano dan ballads?
Jawapannya kerana diorang nak anak mereka jadi hebat!
Ya, orang yang hebat ialah orang yang otak kiri dan kanan nya aktif.
Bukan setakat aktif sebelah sahaja otaknya. Kalau dua-dua tak aktif? Tu
makna nya tinggal bape kali jumaat je. Haha!
Ok. Jom kita teruskan lagi.
Otak kiri dan kanan mempunyai fungsi masing-masing. Bagi yang belajar
sains tahu lah apa fungsi otak belah kanan dan apa fungsi otak belah
kiri. Aku malas nak terangkan. Kalau korang tak tahu, sila lah rujuk
gambar di atas.
Untuk mengaktifkan otak belah kanan, kita kena banyak gerakkan
bahagian belah kiri kita. Contoh gerakkan kaki dan tangan kiri manakala
untuk mengaktifkan otak belah kiri, kita kena banyak gerakkan bahagian
belah kanan kita.
Untuk aktifkan kedua-dua belah otak kiri dan kanan macam mana?
Meh sini aku ajarkan teknik terhebat secara percuma. Cuma nak atau tak
nak je. Tak perlu ke kelas piano atau ballads dan tak perlu juga
sebarang equipment.
So sudah sedia? Ok Jom!
Cara yang aku nak ajar ni namanya ialah "fingers dance"!
Macam mana nak main "fingers dance" ni? Mudah saja main benda alah ni.
Ok. Korang buat berpandukan gambar kat bawah ni ok.
Step yang pertama, untuk tangan kiri korang sentuhkan ibu jari dengan jari telunjuk manakala untuk tangan kanan korang sentuhkan ibu jari dengan jari kelingking. Kedua-dua tangan dan jari mesti bergerak serentak!
Step yang kedua pula, korang sentuhkan ibu jari dengan jari tengah untuk tangan kiri dan untuk tangan kanan sentuhkan ibu jari dengan jari manis.
Step yang ketiga pula, korang sentuhkan ibu jari ke jari manis untuk tangan kiri manakala ibu jari untuk tangan kanan sentuhkan ke jari tengah.
Step yang keempat pula, korang sentuhkan ibu jari ke jari
kelingking untuk tangan kiri manakala untuk tangan kanan korang
sentuhkan ibu jari ke jari telunjuk.
Step yag kelima pula, korang buat secara mengundur plak. Kalau tadi
dari 1,2,3,4 tapi kali ni korang buat dari 4,3,2,1 plak. Mula-mula buat
slow-slow dulu, bila dah boleh expert buat laju-laju plak.
Dengan cara ni, insyaAllah korang boleh aktifkan kedua-dua belah otak
kiri dan kanan korang. Tak percaya buat lah. Teknik ni bukan aku yang
reka, tapi ada sorang pakar motivasi ni yang ajar kat aku, so aku
turunkan ilmu ni kat korang plak. Sharing is caring kan? Ahaks!
Nampak macam permainan ****h kan? Nampak je ****h tapi ada kelebihan
bila main permainan ni iaitu kita dapat mengaktifkan kedua-dua belah
otak kita.
Ingat! Orang yang hebat ialah orang yang kedua-dua belah otaknya aktif. Bukan aktif sebelah sahaja!
Tags: Informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ShareThis
DailyBerita.blogpot.com. Powered by Blogger.
0 Responses to “Teknik Mudah Mengaktifkan Kedua Belah Otak Kiri Dan Kanan”
Post a Comment