Sunday, 29 July 2012

Perkara Yang Lelaki Suka Pada Wanita

1. Tubuh menarik
Bagi wanita yang memiliki tubuh menarik gaya model jagalah  tuduh kalian kerana apabila kamu semakin montel agak susah kamu untuk menarik perhatian lelaki. Walau ada lelaki sukakan wanita bertubuh besar namun ramai yang lebih tertarik pada yang bertubuh cantik tinggi dan langsing persis model.

2. Sentiasa tersenyum saat berbicara
Berbica dan diselangi dengan senyuman manis bisa buat jejaka tertarik hati. Tapi jaga-jaga jangan terlebih senyuman sampaikan anda dianggap kurang siuman.

3. Lemah-lembut
Perwatakan lemah lembut gaya wanita melayu terakhir bisa mencairkan hati lelaki. Tapi AWAS kerana lelaki tak suka wanita yang gedik dan mengada-ngada. Lemah lembut dan gedik adalah berbeza tau.


4. Matang
Lelaki tidak suka wanita yang keanak-anakan. Wanita perlu matang dalam percakapan dan tindakannya.

5. Beri sedikit kebebasan
Berilah sedikit kebebasan kepada pasangan agar dia tak rasa dirinya terkongkong. Sesekali jika dia mahu keluar minum bersama rakan-rakan tak salah  jika kamu membenarkan kerana lelaki juga perlu berkawan dan berbual bersama kawan lelaki dia.

6. Belajar memasak
Wanita akan kelihatan ‘cacat’ jika tidak tahu memasak. Walau lelaki tak kisah untuk makan di luar jika pasangannya tak boleh memasak tapi jika wanita pandai memasak itu lebih memberi kredit buat wanita itu.

7. Pendengar setia
Lelaki memerlukan seorang pendengar setia dalam hidup mereka. Jadilah sahabat dan pendengar setia kepada si dia. Walau tak mampu membantu dan memberi nasihat namun mendengar saja sudah cukup membuat dia menghargai kamu


8. Jangan suka mendesak
Jika mahukan sesuatu jangan sesekali suka mendesak. Lelaki paling benci wanita yang mendesak. Jangan mendesak mahukan dia meminang jika dia tidak bersedia. Jangan mendesak agar dia membelikan sesuatu yang mahal andai dia tidak mampu, dan jangan mendesak dia itu ini sehingga dia bosan terhadap kamu

9. Jangan mengungkit
Masing-masing ada sejarah silap. Jangan kerap mengungkit kisah silap dia atau kesalahannnya sehingga dia menjadi tawar hati dan benci terhadap kamu.

10. Pandai membelai
Walau lelaki nampak kasar namun sesekali dia mahu dirinya dibelai oleh insan tersayang.

SUMBER: BLOGAMMAR.COM 

Tags: , , ,

0 Responses to “Perkara Yang Lelaki Suka Pada Wanita”

Post a Comment

ShareThis

DailyBerita.blogpot.com. Powered by Blogger.

Subscribe

Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio. Duis mollis

Designed by SpicyTricks