Sunday, 29 July 2012

4 Sahabat Maut Nahas 3 Kenderaan Di Kuantan

KUANTAN – Empat sahabat maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 18, Jalan Kuantan-By Pass, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, pemandu dan tiga penumpang Proton Wira maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah treler yang keluar dari simpang sebelah kiri sebelum sebuah kereta jenis Honda merempuh bahagian belakang Proton wira berkenaan.

Pegawai Turus Trafik Pahang, Deputi Superintendan Mohd Rizal Abdullah, ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Pelabuhan Kuantan.


“Tiga mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang lagi maut (kira-kira 6 pagi ini) ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” katanya di sini, hari ini.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta berkenaan Mohd Shahidan Shaari, 26, Mohd Shahafiz Othman, 22, Muhd Taufik Abd Rahman, 20, dan Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19.

Keempat-empat mereka berasal dari Terengganu. – BERNAMA 

Tags:

0 Responses to “4 Sahabat Maut Nahas 3 Kenderaan Di Kuantan”

Post a Comment

ShareThis

DailyBerita.blogpot.com. Powered by Blogger.

Subscribe

Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio. Duis mollis

Designed by SpicyTricks