Thursday 17 January 2013

10 Sebab Harga Kereta Di Malaysia Patut Diturunkan


1. Kos sara hidup meningkat. Turun harga kenderaan, kos alat2 ganti juga akan menurun. Ditambah pula dengan harga rumah yang naik mendadak.

2. Membolehkan keluarga susah untuk memiliki kereta baru yang lebih elok kualitinya. Kereta adalah satu  keperluan, bukan kehendak. Sampai sekarang masih ada keluarga susah yang menggunakan kereta saga capuk sampai sekarang. Easily said no more bike rider bawa anak kecil baby lemas duduk celah2 parents. Kesian :(

3. Mungkin kerajaan benar apabila mengatakan jumlah kenderaan atas jalan akan meningkat dan akan menyebabkan lebih kesesakan, tetapi jumlah peningkatan kenderaan tersebut akan lebih rendah berbanding jumlah rakyat yang memilih untuk bertukar kereta mereka kepada yang lebih elok. Easily said no more Waja convert Lancer-Wannabe, no more 20 years old Honda Accord.

4. Syarikat kenderaan terpakai rugi? Please! Kereta murah, makin rancak perniagaan jual beli kereta. Tapi itulah, akan ada gap beberapa tahun sebelum peniagaan syarikat kereta terpakai kembali stabil sekiranya harga kereta turun mendadak. Wujudkan lebih banyak kilang kitar besi foundry supaya besi daripada kereta lama boleh dikitar semula. Sekurangnya harga besi tidak akan menjadi lebih mahal.

5. No more kereta tempatan viva tin milo kosong. Bila kemalangan semua ada dalam tu maut. Atleast 4 airbags please.

6. MRT and LRT extension sedang dalam projek. Jadi kalau harga kereta turun, kalau orang ramai beli kereta pun, sekurangnya ada alternatif kenderaan awam bagi mereka yang mahu mengelakkan kesesakan.

7. Memberi peluang untuk syarikat pembuat kereta tempatan menjana pendapatan yang lebih kukuh dengan menghasilkan kereta yang lebih berkualiti pada harga rendah. No more Proton cutting cost macam harem takut selling cost mahal.

8. Aku tak rasa pendapatan daripada duti eksais dan duti import kenderaan ini diuruskan sebaiknya oleh kerajaan. Manakan tidak, hutang negara sentiasa bertambah setiap tahun. Jadi tak ada guna letak harga kereta mahal-mahal kalau yang kaya orang lain !

9. Menarik lebih ramai pelabur kenderaan import ke Malaysia, sekurangnya lebih banyak variety of kereta import lepas ni. Tak nak la asyik-asyik model sama sahaja, asyik2 civic. Bosan !

10. Indirectly, meningkatkan produktiviti rakyat. Selesa dan confident sikit bila dapat pakai kereta elok. Result, ekonomi negara semakin mantap. Profit.



Tags:

1 Responses to “10 Sebab Harga Kereta Di Malaysia Patut Diturunkan”

Unknown said...
19 January 2013 at 08:53

betulla tu. skg harga rumah naik mendadak tak tau nape.mmg sgt susah ekonomi skg.kalaulah suara rakyat ni dipertimbangkan dengan adil.aman malaysia.xde tunjuk perasaan.


Post a Comment

ShareThis

DailyBerita.blogpot.com. Powered by Blogger.

Subscribe

Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio. Duis mollis

Designed by SpicyTricks